Sastera Tingkatan 3
Tema dan Persoalan

Home

Bila Berjauhan
Tema dan Persoalan
Bentuk
Gaya Bahasa
Unsur Bunyi
Nilai dan pengajaran

Tema sajak ini adalah mengenai kasih sayang seorang suami kepada isteri dan anak-anakya. Penyajak menggambarkan bahawa wujud perasaan kasih dan sayang seorang ayah dan suami kepada keluarga walaupun mereka tinggal berjauhan. Ikatan kasih sayang penyajak terhadap isterinya semakin kukuh walaupun terpisah. Hal ini membuatkan penyajak berjanji untuk menjadi ayah dan suami yang baik.

Persoalan dalam sajak ini ialah ikatan kekeluargaan tidak terbatas meskipun terpisah oleh jarak. Penyajak tetap mengingati anak dan isterinya dan isteri walaupun berjauhan malahan ingatan itu semakin kukuh.

Persoalan yang kedua pula ialah tanggungjawab suami terhadap isteri dan anaknya. Sungguhpun berpisah penyajak tidak lupa bahawa dia merupakan suami dan ayah. Satu lagi persoalan ialah peranan dan tanggungjawab isteri. Isteri penyajak mendoakan keselamatan dan kesejahteraan suaminya.

Enter supporting content here